tak dapat 1..1/2 pun jadilah!
November 29, 2009 | Filed Under diari hidup
Bila call Titi Gajah semalam, K Lang yang angkat. suaranya menggambarkan perasaan yang gembira. Raya Haji tahun ini meriah di sana. paginya melapah seekor lembu korban, aqiqah Zaffran. tengah hari masing2 sibuk menghirup sup tulang. petangnya rombongan meminang kakakku yang ketiga itu. bila bersembang dengan Ummi pun, terpancar suara gembira. walaupun saya tahu kerja hari itu cukup banyak, sehingga kadang-kadang tak cukup tangan tapi demi keluarga, Ummi bersungguh membantu Mak Tok di dapur melayan tetamu yang bertandang.
Sebelum bercakap dengan Abu, sempat pula saya bertanya Ummi. sekadar mengambil berkat K Lang hehe…
Am: Ummi, macam mana nak tahu itu adalah jodoh kita?
Ummi: ermm..tak tahu lah Abang. lebih kepada gerak hati dan petunjuk.
Am: apa yang sebabkan Ummi kahwin dengan Abu dulu?
Ummi: macam ummi cakap, gerak hati lah. kita mungkin tak kenal sangat orangnya, sekadar tahu dari orang-orang yang kita percaya, dan keputusan akhir terletak pada kita. yang lain tu, berserahlah pada Allah.
Am: nasihat Ummi bila nak pilih?
Ummi: carilah yang ada ciri2 yang kita nak, cumanya janganlah pilih yang terlalu lengkap, kurang2 ada separuh dari yang kita mahu. yang lain boleh dibentuk selepas tu. selain dari dia, keluarga pun perlulah sekufu. tak lah dia atau kita terasa pelik bila masuk keluarga masing2. nak detail, kena balik bersembanglah. ni kenapa tanya?
Am: saja2..minta nasihat orang yang berpengalaman!
saya tamatkan perbualan disitu sebelum sambung berbual dengan Abu.
Comments
5 Responses to “tak dapat 1..1/2 pun jadilah!”
Leave a Reply
dah nak smpai mase ko r tu mar..nice~
aihh dah sampai seru ke….
ngaji bagi habis dulu….
rasanya x de syarat kot kena habis ngaji baru boleh menyahut seru~~
Tu syarat tambahan dari Teh.. hehehe
bila nak balik roger tau…nak jumpa tok guru Ummi gak…”janganlah pilih yang terlalu lengkap, kurang2 ada separuh dari yang kita mahu. yang lain boleh dibentuk selepas tu”……sangat terkesan dgn nasihat tue..