my 2nd wisdom…

November 17, 2009 | Filed Under diari hidup 

aktiviti 2 minggu ni terisi dengan baik. selain sibuk mengurus Demi Al-Aqsa (DAQ) yang tinggal 3 hari sahaja lagi, tambahan dilantik menjadi AJK PPMK sesi 09/10, memaksa saya membahagi masa dengan lebih baik. sebenarnya banyak lagi aktiviti harian yang masih dirasakan ‘membuang masa’, dan mungkin ini caranya tarbiyah pada diri, belajar mengurus masa dengan lebih baik! termasuk dalam 10 muwasafat tarbiyah yang perlu diberi keutamaan untuk menjadi muslim yang mantap peribadinya.

header-bg

ambil peluang utk expresskan suara anda kepada Palestin.

sejak 2 hari lepas, wisdom teeth ke 2 saya sakit. tahun lepas sekitar Autumn juga. tahun ini pun sama. mungkin ketara sakitnya kalau angin menerjah masuk ke dalam mulut. hari pertama saya sakit gigi, terpaksa menumbuk-numbuk tilam kerana menahan sakit yang amat. keesokan harinya, saya skip kelas Fluid Mechanic dan pergi ke Park Eun Joo Dentist utk buat appointment. malangnya terpaksa menunggu 2 hari lagi sebelum treatment boleh dijalankan. sementara tu, terpaksa lah saya menelan painkiller sampai mabuk2 dan terpaksa skip kelas lagi.

betullah orang kata, sakit no 1 ialah mati, no 2 ialah bersalin, no 3 ialah sakit gigi! yang no 2 tu perempuan saja yang akan alami, no 3 sudah, no 1 tu sampai masa akan merasa jua.

masih dalam kondisi separuh sedar sambil menulis blog. baru lepas menelan another ponstan untuk hilangkan sakit gigi.

doakan saya selamat dental surgery esok!

Comments

4 Responses to “my 2nd wisdom…”

  1. patut la xnmpk ko smlm..skit gigi rupenye~빨리나아잉~

    Reply

  2. posot

    cepat sembuh

    Reply

  3. kak lang

    semoga cepat sembuh..allah sayangkan awak tu..dia bg sakit nak uji kesabaran dan nak hlgkan dosa awak..hope lps surgery btmbah baik kondisinya..

    Reply

  4. kakak

    takpe..sakit gigi tak sesakit sakit bersalin..kalo awak rs sakit gigi tu dah sakit gile..awak bygkan camana umi bapa hari sakit nak bersalin kan awak dulu….

    sakit tu muhasabah diri…

    Reply

Leave a Reply