Siri Kembara: Perancangan itu perlu
November 8, 2009 | Filed Under Siri Kembara
“wahh banyaknya duit nak pergi travel!” ujar seorang kawan bila dapat tahu saya dah beli tiket ke Turki-Mesir musim panas lepas.
“nak kata aku banyak duit? habuk pun tarak…!” saya berseloroh.
Disember 2007
Selesai daurah dengan Ustaz Fauzi, biasanya kami akan bersembang-sembang sambil masak. “Ustaz, ada bawa gambar masa dekat Jordan dulu? Nak tengok”. “Ada, dalam laptop tu lah”. Saya mula teruja
Februari 2008
Winter Camp berjalan lancar. Kali ni, Ustaz Fauzi tak lagi menginap di rumah merah macam masa mula2 sampai ke sini dulu, sekarang ni menumpang di rumah Paknab, dan kadang-kadang datang ke rumah Pijun. “Petang ni, ana masak Nasi Arab, ok? Tapi sorang kena temanlah pergi pasar beli barang. tak reti ana cakap korea!!”. Petang itu, pertama kali saya menjamah Nasi Arab Yaman, nasi ditanak dengan air rebusan daging kambing dan rempah-rempah dan sedikit sayur. Sedap!!
Julai 2008
Saya pulang ke Malaysia setelah hampir 1 tahun setengah tidak menjejakkan kaki di rumah Bertam. Berkesempatan pula drive dari Penang ke Labu semata untuk ikut program Jalinan di Kem Sg. Gadong. Bertemu dengan kawan-kawan yang belajar di Timur Tengah (Jordan, Mesir, Madinah dll) buat saya teruja. Bahasa percakapan yang baik, dan budi yang tinggi buat saya bertanya kepada seorang teman lama, Irfan Salmi. “Irfan, kenapa tengok ikhwah mesir ni macam mantap je tarbiyah diorang?”. Irfan menjawab ringkas “Memang Mesir tu bumi tarbiyah, bumi anbiyya`”.
Februari 2009
Dalam banyak-banyak musim yang paling saya tak suka ialah musim sejuk. Satu hari, Napi bertanya kepada saya dan Umair “Cadang nak buat umrah cuti bulan 6 ni. Nak pergi sekali?”.”Uih menarik tu. Tapi sempat ke nak kumpul duit? Berapa banyak perlu?” saya yang memang sejak awal dah teruja dengan Timur Tengah menjadi lebih teruja bila seorang teman mengaju soalan begitu. “Ntah, tak fikir pun lagi. Kurang2 1juta Won dalam tangan”. “Kalau betul nak pergi, kena kumpul duit lah dari sekarang. Ana on!!” Umair mencelah. Dalam kepala, saya mula mencongak tabungan yang ada.
Jun-Julai 2009
Napi tiba-tiba menarik diri dan Umair nak balik Malaysia. Ahli kembara kami dari 4 orang termasuk Paknab berkurang menjadi 2 orang. Perancangan saya untuk ke bumi Mesir mesti diteruskan. Alang-alang dah setengah jalan biarlah sudah sampai ke sana baru nak menyesal. Hujung bulan Jun, kami beli tiket flight dari Seoul ke Istanbul ke Cairo. Tapi kali ini dengan 2 orang ahli baru, Pijun dan Kong.
Sepanjang bulan Julai, kami mula buat trip itinerary sepanjang 18 hari kami akan berada di Istanbul dan Mesir nanti. Buku Rough Guide Egypt saya potong dua, satu bahagian untuk Paknab baca. Cepat sikit habis! Barang-barang keperluan pun mula kami beli sedikit demi sedikit. InsyaAllah awal bulan depan kami akan terbang ke sana.
Awal Ogos 2009
Sangat kecewa bila tiba di Cairo International Airport. Jauh berbeza dengan pengalaman beberapa hari lepas di Istanbul. Saya banyak mengeluh!
Hujung Ogos 2009
Hari ini kami naik flight pulang ke Seoul. Walaupun perjalanan kami sukar dan penat namun terlalu banyak pengalaman untuk kami pulang dengan senyuman. Saya bersyukur dapat sampai ke Mesir dan Turki!

Comments
Leave a Reply (or Cancel this reply)