Kawan oh kawan
October 30, 2009 | Filed Under Tarbiyah
seronok bila hidup berkomuniti. kadang-kadang kita ada masalah, kita akan pergi cari orang, dan luahkan. ada juga ketika orang datang cari kita dan minta nasihat. malam itu seperti biasa, selesai solat dan makan malam, saya akan duduk2 depan tv tengok Discovery Channel atau movie channel. Kebetulan hari itu hari minggu, kawan2 biasanya akan datang bertandang ke rumah bersembang2. Hasri (bukan nama sebenar) datang ke rumah dan makan malam bersama kami. tengok dari raut muka, nampak macam ada masalah.
sebelum Hasri pulang, saya bertanya,”Bergaduh dengan housemate ke?”.
“Taklah,” jawabnya ringkas tanda nak berdalih. saya dapat kesan sebab dia bukan jenis orang yang macam tu. mulutnya jenis tak henti bercakap. ada saja benda nak dikongsi.
Di hadapan rumah saya ada bumbung yang saya selalu duduk2 waktu malam, tengok langit. rumah saya tingkat 2. saya ajak dia duduk disitu.”Ada problem, habaq dekat aku. kot2 boleh tolong”.
“Aku fed-up lah. Tension dengan kawan2″.
“kau marah sebab apa? orang boikot kau ke?”
“Aku rasa aku dah cuba jadi kawan yang baik pada semua orang tapi orang tak pernah anggap macam tu pun pada aku”.
“Oh kau rasa macam tu ke?” saya berusaha mencari-cari rentak untuk membuka cerita.
“Kadang-kadang aku selalu je belanja makan kawan2, aku tolong je kerja sekolah diorang, tapi orang layan aku lebih kurang je”.
“Habis, macam mana nak selesai masalah ni?”
“Aik, kau yang tanya masalah aku macam nak tolong tadi tapi kau pulak tanya aku semula?”
“Kau pernah tanya orang pasal perkara ni? Kalau akulah, aku rasa tak adil kalau kau terus cakap kawan2 layan kau dengan tak elok”.
“Yelah, aku pun nak hak aku sebagai kawan. Aku belanja diorang makan 해물떡짐 haemulttokjim, Baskin pun kadang-kadang aku belanja tapi macam tu jugak diorang treat aku. lebih kurang je. Kadang-kadang diorang perlekehkan aku pulak”.
“Ada benda yang orang fed-up dengan kau kot?”
“Manalah aku tau. Kalau aku bagi makan, elok je diorang tapi kalau waktu biasa, macam2 aku kena”.
“jadi sekarang ni kau nak cakap diorang tak hormat kau macam yang kau harap lah?”
“Aah. Tu yang kadang-kadang aku malas nak campur dengan diorang”.
“Perasaan kita ni siapa yang bagi?”
“Aik tak kena tune pun soalan kau?”
“Yelah, maksud aku siapa yang tentukan perasaan kau macam itu macam ini?”
“Tentulah Pencipta kita, Allah”.
“Jadi, siapa yang lebih berhak dapat penghormatan? Kawan-kawan atau Allah?”
“Mestilah Allah, semua orang tahu tu”.
“OK, soalan untuk kau, agak-agak kau dah beri penghormatan sebaiknya pada Tuhan dalam hidup seharian kau?”
“Takkan lah aku nak ulas apa aku buat. kan tak ikhlas tu”.
Banyak songeh pulak budak ni ishh. “Perasaan, hati kita ni dicipta oleh Dia. Dia yang nak letakkan perasaan sayang, benci, suka, menyampah dekat hati semua orang. Dia jugak yang nak ikat persaudaraan antara manusia ni. Tiap hubungan kita ni perlu ada yang mengikat. Tak cukup takat kau nak ikat perut diorang je dengan haemulttokjim tu~”
Saya terus menyambung panjang. “Kadang-kadang kita selalu rasa kita dah beri yang terbaik sesama manusia, tapi kita lupa, kita belum beri yang terbaik pada Tuhan. Walaupun Tuhan tu dah bagi kita lebih nikmat dari haemulttokjim kau tu, tapi Tuhan tak pernah lupa pandang kita dengan pandangan kasih sayang, tapi kita pula jarang hormat akan perintah dan laranganNya.
“kau asyik kenakan aku dengan haemulttokjim tu je dari tadi”.
“dah itu yang kau sebut tadi, aku rembat je lah”. Sempat lagi kami berseloroh.
“erm tapi jangan samakan aku dengan Tuhan. Aku tak mampu macam tu”.
“laa aku bagi perumpamaan yang dekat dengan kita je. tak sama pun kau dengan sapa2. Aku nak kongsi tips dengan kau, kita boleh lupakan kemarahan kita pada orang bila kita ingat kebaikan orang tu pada kita, tapi kita akan meminta2 hak penghormatan kita bila kita ingat kebesaran kita..”
“tu kan fitrah manusia. Memberi mesti terasa nak dibalas”.
“memang betul tapi kan lagi baik kita berusaha untuk jadi yang ikhlas tu? Beri tapi tak kisah orang balas ke tak”.
“tapi kalau aku seorang je ikut tips kau ni, orang lain tak ikut, tak jadi jugak. sama je lah…”
“Yakinlah, perubahan pada diri kita akan bawa perubahan pada orang lain!” saya tegaskan.
“tapi kalau diorang tak berubah jugak?”
“laa kan aku dah cakap..jaga hubungan dengan Allah, yang lain tu, insyaAllah Allah akan tolong”.
Perbincangan malam tu terhenti bila kami terdengar bunyi guruh di langit. Jarang-jarang berguruh di bumi Seoul ni. Harapnya kawan saya seorang ni pulang ke rumah dengan harapan baru. Moga hubungan dia dengan kawan2 lebih baik nanti.

Bersahabat itu adakala manis, adakala pahit tapi kita masih juga mahu kekal bersahabat
Comments
5 Responses to “Kawan oh kawan”
Leave a Reply
tulisan yg menarik.
baju sedondon yang menarik
good idea of writing..lang setuju dgn pandangan awak tu..mmg kdg2 kita rasa kita dah cukup baik dgn kwn2 walhal kwn2 anggap kita disebaliknya..sbb niat kita tu slh..nakkan balasan..ALLAH nak uji kita di situ samaada ikhlas atau tidak..kalo kwn awak tu sedar n kembali minta pada ALLAH,insyaALLAH ALLAH akan bg lebih dr apa yg dia kehendaki..lang tak kata pandangan kwn awak tu slh..sbb tu kita kena bykkan membaca dan tambahkan ilmu dan juga bykkan berbincang dgn kwn2 yg rapat..dr situ kita dpt belajar erti hidup yg sebenarnya..
haa…panjang berjela la kan lang komen..hihi..
bese r 2…sume mnusia xperfect…kdg2 kita xsdar da wt clap ngn mmbe…myb dr segi pckpan n klakuan kita yg wt mmbe xslesa…try duk lpak2 ngn d0rg n tny pe yg d0rg xpuas ati…n mmbe lak kne r juj0 gtaw prob…ne taw ley improve dr ctu…