November 29, 2009 | Filed Under diari hidup | 5 Comments
Bila call Titi Gajah semalam, K Lang yang angkat. suaranya menggambarkan perasaan yang gembira. Raya Haji tahun ini meriah di sana. paginya melapah seekor lembu korban, aqiqah Zaffran. tengah hari masing2 sibuk menghirup sup tulang. petangnya rombongan meminang kakakku yang ketiga itu. bila bersembang dengan Ummi pun, terpancar suara gembira. walaupun saya tahu kerja hari itu cukup banyak, sehingga kadang-kadang tak cukup tangan tapi demi keluarga, Ummi bersungguh membantu Mak Tok di dapur melayan tetamu yang bertandang.
Sebelum bercakap dengan Abu, sempat pula saya bertanya Ummi. sekadar mengambil berkat K Lang hehe…
Am: Ummi, macam mana nak tahu itu adalah jodoh kita?
Ummi: ermm..tak tahu lah Abang. lebih kepada gerak hati dan petunjuk.
Am: apa yang sebabkan Ummi kahwin dengan Abu dulu?
Ummi: macam ummi cakap, gerak hati lah. kita mungkin tak kenal sangat orangnya, sekadar tahu dari orang-orang yang kita percaya, dan keputusan akhir terletak pada kita. yang lain tu, berserahlah pada Allah.
Am: nasihat Ummi bila nak pilih?
Ummi: carilah yang ada ciri2 yang kita nak, cumanya janganlah pilih yang terlalu lengkap, kurang2 ada separuh dari yang kita mahu. yang lain boleh dibentuk selepas tu. selain dari dia, keluarga pun perlulah sekufu. tak lah dia atau kita terasa pelik bila masuk keluarga masing2. nak detail, kena balik bersembanglah. ni kenapa tanya?
Am: saja2..minta nasihat orang yang berpengalaman!
saya tamatkan perbualan disitu sebelum sambung berbual dengan Abu.
November 17, 2009 | Filed Under diari hidup | 4 Comments
aktiviti 2 minggu ni terisi dengan baik. selain sibuk mengurus Demi Al-Aqsa (DAQ) yang tinggal 3 hari sahaja lagi, tambahan dilantik menjadi AJK PPMK sesi 09/10, memaksa saya membahagi masa dengan lebih baik. sebenarnya banyak lagi aktiviti harian yang masih dirasakan ‘membuang masa’, dan mungkin ini caranya tarbiyah pada diri, belajar mengurus masa dengan lebih baik! termasuk dalam 10 muwasafat tarbiyah yang perlu diberi keutamaan untuk menjadi muslim yang mantap peribadinya.

ambil peluang utk expresskan suara anda kepada Palestin.
sejak 2 hari lepas, wisdom teeth ke 2 saya sakit. tahun lepas sekitar Autumn juga. tahun ini pun sama. mungkin ketara sakitnya kalau angin menerjah masuk ke dalam mulut. hari pertama saya sakit gigi, terpaksa menumbuk-numbuk tilam kerana menahan sakit yang amat. keesokan harinya, saya skip kelas Fluid Mechanic dan pergi ke Park Eun Joo Dentist utk buat appointment. malangnya terpaksa menunggu 2 hari lagi sebelum treatment boleh dijalankan. sementara tu, terpaksa lah saya menelan painkiller sampai mabuk2 dan terpaksa skip kelas lagi.
betullah orang kata, sakit no 1 ialah mati, no 2 ialah bersalin, no 3 ialah sakit gigi! yang no 2 tu perempuan saja yang akan alami, no 3 sudah, no 1 tu sampai masa akan merasa jua.
masih dalam kondisi separuh sedar sambil menulis blog. baru lepas menelan another ponstan untuk hilangkan sakit gigi.
doakan saya selamat dental surgery esok!
November 8, 2009 | Filed Under Siri Kembara | Leave a Comment
“wahh banyaknya duit nak pergi travel!” ujar seorang kawan bila dapat tahu saya dah beli tiket ke Turki-Mesir musim panas lepas.
“nak kata aku banyak duit? habuk pun tarak…!” saya berseloroh.
Disember 2007
Selesai daurah dengan Ustaz Fauzi, biasanya kami akan bersembang-sembang sambil masak. “Ustaz, ada bawa gambar masa dekat Jordan dulu? Nak tengok”. “Ada, dalam laptop tu lah”. Saya mula teruja
Februari 2008
Winter Camp berjalan lancar. Kali ni, Ustaz Fauzi tak lagi menginap di rumah merah macam masa mula2 sampai ke sini dulu, sekarang ni menumpang di rumah Paknab, dan kadang-kadang datang ke rumah Pijun. “Petang ni, ana masak Nasi Arab, ok? Tapi sorang kena temanlah pergi pasar beli barang. tak reti ana cakap korea!!”. Petang itu, pertama kali saya menjamah Nasi Arab Yaman, nasi ditanak dengan air rebusan daging kambing dan rempah-rempah dan sedikit sayur. Sedap!!
Julai 2008
Saya pulang ke Malaysia setelah hampir 1 tahun setengah tidak menjejakkan kaki di rumah Bertam. Berkesempatan pula drive dari Penang ke Labu semata untuk ikut program Jalinan di Kem Sg. Gadong. Bertemu dengan kawan-kawan yang belajar di Timur Tengah (Jordan, Mesir, Madinah dll) buat saya teruja. Bahasa percakapan yang baik, dan budi yang tinggi buat saya bertanya kepada seorang teman lama, Irfan Salmi. “Irfan, kenapa tengok ikhwah mesir ni macam mantap je tarbiyah diorang?”. Irfan menjawab ringkas “Memang Mesir tu bumi tarbiyah, bumi anbiyya`”.
Februari 2009
Dalam banyak-banyak musim yang paling saya tak suka ialah musim sejuk. Satu hari, Napi bertanya kepada saya dan Umair “Cadang nak buat umrah cuti bulan 6 ni. Nak pergi sekali?”.”Uih menarik tu. Tapi sempat ke nak kumpul duit? Berapa banyak perlu?” saya yang memang sejak awal dah teruja dengan Timur Tengah menjadi lebih teruja bila seorang teman mengaju soalan begitu. “Ntah, tak fikir pun lagi. Kurang2 1juta Won dalam tangan”. “Kalau betul nak pergi, kena kumpul duit lah dari sekarang. Ana on!!” Umair mencelah. Dalam kepala, saya mula mencongak tabungan yang ada.
Jun-Julai 2009
Napi tiba-tiba menarik diri dan Umair nak balik Malaysia. Ahli kembara kami dari 4 orang termasuk Paknab berkurang menjadi 2 orang. Perancangan saya untuk ke bumi Mesir mesti diteruskan. Alang-alang dah setengah jalan biarlah sudah sampai ke sana baru nak menyesal. Hujung bulan Jun, kami beli tiket flight dari Seoul ke Istanbul ke Cairo. Tapi kali ini dengan 2 orang ahli baru, Pijun dan Kong.
Sepanjang bulan Julai, kami mula buat trip itinerary sepanjang 18 hari kami akan berada di Istanbul dan Mesir nanti. Buku Rough Guide Egypt saya potong dua, satu bahagian untuk Paknab baca. Cepat sikit habis! Barang-barang keperluan pun mula kami beli sedikit demi sedikit. InsyaAllah awal bulan depan kami akan terbang ke sana.
Awal Ogos 2009
Sangat kecewa bila tiba di Cairo International Airport. Jauh berbeza dengan pengalaman beberapa hari lepas di Istanbul. Saya banyak mengeluh!
Hujung Ogos 2009
Hari ini kami naik flight pulang ke Seoul. Walaupun perjalanan kami sukar dan penat namun terlalu banyak pengalaman untuk kami pulang dengan senyuman. Saya bersyukur dapat sampai ke Mesir dan Turki!
